Smiley face

INFO HARTANAH | Kaedah mewariskan rumah & hartanah...


Masa kini, pelbagai usaha dibuat untuk menjana ekonomi ummah. Pelbagai 'investment' yg antaranya dalam bentuk wang ringgit, emas dan saham dilakukan. Sesetengah pihak pula memandang bidang hartanah sebagai pilihan yang sangat bijak kerana nilai hartanah pastinya akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

Kesibukan memiliki hartanah, ramai usahawan hartanah terlepas pandang isu perwarisan hartanah tersebut. Tahun 2013 mencatatkan sebanyak RM66.6 bilion harta pusaka terbeku dimana lebih 90% adalah aset tidak alih yg antaranya adalah hartanah. Kenapa ianya berlaku?

Tahukah anda? Semakin banyak hartanah yang anda miliki, maka semakin tinggi kos yang waris anda perlu keluarkan untuk menguruskannya. Siapa dikalangan waris yg sudi untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk tujuan tersebut?

Tahukah anda? Setiap hartanah yang anda miliki akan dipecahkan kepada beberapa bahagian melihat kepada berapa bilangan waris yang berhak ke atas segala harta pusaka anda mengikut hukum faraidh. Siapakah waris tersebut?

Tahukah anda? Jika sebahagian hartanah tersebut anda miliki melalui kaedah "joint name". Terdapat 2 penama atau lebih, maka sebahagian daripada hartanah tersebut akan menjadi harta pusaka apabila pemiliknya meninggal dunia. Sebahagian itulah yang akan dikongsi kesemua waris.

Tahukah anda? Jika ada hartanah yang anda beli secara pinjaman tidak dilindungi oleh Sistem Takaful, maka bebanan tanggungan untuk menjelaskan hutang baki akan dibebankan ke atas waris yang anda tinggalkan. Jika waris tidak mampu menjelaskan hutang tersebut, hartanah akan dilelong.

Tahukah anda? Jika anda termasuk di kalangan situasi berikut, anda perlu segera bertindak memastikan siapa yang perlu mewariskan hartanah yang anda miliki pada hari ini. Jika tiada kesepakatan antara waris, pasti akan timbul masalah dikemudian hari. Mereka itu ialah :
■ Tiada anak lelaki (Pusaka dikongsi adik beradik jika ayah tiada)
■ Tidak mempunyai anak
■ Memiliki anak angkat (Tidak mewarisi harta pusaka)
■ Berpoligami (Pecahan pusaka ke atas setiap isteri & anak³)
■ Memiliki Anak istimewa/OKU/Sakit (Perlu Pemegang amanah)
■ Memiliki anak bawah umur 18 tahun

Apakah jalan penyelesaian yang ada?

Wasiat? Ramai beranggapan, dengan wasiat sahaja boleh menyelesaikan semua masalah perwarisan hartanah. Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa wasiat tersebut hanya akan terlaksana jika semua waris bersetuju ke atas wasiat tersebut. Ramai juga tidak sedar, kos pengurusan ke atas pengurusan harta pusaka & wasiat juga menjadi punca harta terbeku pada hari ini.

Hibah? Ya, inilah kaedah terbaik untuk mewariskan hartanah anda kepada orang yang anda sayangi. Hartanah yang dihibahkan tidak akan termasuk dalam harta pusaka yang ditinggalkan oleh pemilik hartanah.

Berapa kos hibah? Tahukah anda, kami sedia memastikan hartanah yang ingin anda hibahkan diuruskan secara PERCUMA kepada waris atau penerima yang akan memilikinya.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Harta Pusaka, Penulisan Wasiat, Dokumentasi Hibah, Faraidh dan sebagainya, boleh hubungi 0133577539. Consultancy adalah PERCUMA


Bro. azizie
Perunding Harta & Pusaka
0133577539
Share on Google Plus

About azizie

Penulis berpengalaman luas dalam pengurusan dan perancangan harta pusaka Islam. Pernah mengikuti Kursus Pengajian Syariah Sepanjang Hayat anjuran Fakulti Pengajian Syariah, UKM. Kini sedang menuntut Pengajian Fiqh Mawarith di UIAM.

0 comments :

Post a Comment