PENGERTIAN WASIAT
Seksyen 2(1) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, wasiat ialah iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan hukum syarak, selepas dia mati.
Seksyen 2(1) Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 iaitu iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya mengenai hartanya atau manfaat hartanya, untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati.
UMUR PEWASIAT
Seksyen 6, Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 memperuntukkan bahawa seorang pewasiat hendaklah telah mencapai umur 18 tahun, sempurna akal, bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa serta tidak dilarang daripada menguruskan hartanya.
Enakmen dan Akta berkaitan WASIAT
11:42 PM
1999
,
2004
,
2005
,
akta
,
enakmen
,
harta
,
kerajaan
,
melaka
,
negeri sembilan
,
penama
,
Pusaka
,
selangor
,
umur
,
warta
,
Wasiat
Edit
0 comments :
Post a Comment