Jika ia dipanggil 'Harta Pusaka' maka, sudah tentu ia perlu DIURUSKAN. Persoalan yang akan timbul, siapa yang akan menguruskannya? Sejauh mana ia akan diuruskan? Adakah waris mempunyai masa dan wang untuk menampung KOS pengurusan yang bakal dikenakan? Pemilik harta sedang ditanya di alam kubur berkenaan hartanya. Adakah harta tersebut memberi manfaat kepada waris atau ia menjadi punca perebutan dikalangan waris. Setiap dikalangan kita akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua ini diuruskan dengan sebaiknya.
AKAUN BERPENAMA
Tahukah anda, terdapat akaun³ simpanan yang membenarkan penama diletakkan untuk memudahkan proses tuntutan wang tersebut. Sudahkah anda meletakkan penama terhadap akaun tersebut? Jika belum, segerakan ianya sebelum terlambat.
Jika penama telah diletak, tahukah anda? Penama ke atas akaun tersebut hanyalah sebagai PEMEGANG AMANAH dan WAJIB menunaikan tanggungjawab untuk membahagikan wang tersebut kepada waris mengikut KAEDAH PEMBAHAGIAN FARAIDH. Sebagai contoh, anda meletakkan nama isteri sebagai penama. Maka, tanggungjawab isteri untuk mengeluarkan wang simpanan tersebut & membahagikannya kepada waris yang berhak. Tahukah si isteri siapa yang berhak? Berapa pecahan bahagian setiap waris? Jika ianya tidak telus dibahagikan, maka si isteri bakal menggunakan HARTA BATIL (HARAM) @ HARTA ANAK YATIM untuk membesarkan anak.
Firman Allah swt dalam Surah An-Nisaa Ayat 10 yg bermaksud;
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api kedalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala
Enakmen undang-undang yang terpakai (Sila klik untuk besarkan)
Akta pentadbiran undang-undang islam (Wilayah-wilayah Persekutuan 1993) menyatakan
"Orang Islam yang dinamakan sebagai penama oleh si mati dalam apa-apa skim simpanan wang dalam mana-mana Kumpulan Wang Simpanan, insurans, tabung, lembaga, syarikat kerjasama, koperasi atau institusi kewangan ialah wasi kepada si mati dan hendaklah membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris yang berhak mengikut pembahagian faraid"
AKAUN TIDAK BERPENAMA
Jika anda mempunyai simpanan di dalam akaun yang tidak berpenama seperti akaun Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Maybank, CIMB dan sebagainya. Jika nilai simpanan melebihi beberapa kadar yang ditetapkan oleh bank tersebut, maka untuk mengeluarkan wang tersebut, seorang "PENTADBIR @ PEMEGANG AMANAH" perlu dilantik di kalangan waris atau sesiapa sahaja asalkan dipersetujui oleh kesemua waris.
Setelah dilantik, Pemegang Amanah tersebut wajib membahagikan wang tersebut kepada waris-waris yang berhak mengikut kaedah pembahagian faraidh atau melalui persetujuan bersama (sama rata atau sebaliknya). Terdapat KOS untuk tujuan perlantikan Pemegang Amanah ini. Kebiasaannya ia dikenakan mengikut nilai simpanan yang ingin dikeluarkan.
Jika anda melantik 'PENASIHAT HARTA PUSAKA' melalui kami di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd. Urusan perlantikan "Pentadbir @ Pemegang Amanah" ini adalah PERCUMA. Bagaimana ia berlaku? Hubungi wakil³ perunding kami untuk maklumat lanjut.
Pautan Berkaitan:
Kenapa Perlu Lantik PENASIHAT HARTA PUSAKA?
0 comments :
Post a Comment