Smiley face

Anak Angkat Tidak Mendapat Pusaka?


Adakah anda memiliki anak angkat?

Perkara yang anda perlu ambil tahu jika mempunyai anak angkat.

■ Anak angkat tidak mewarisi harta pusaka yang anda tinggalkan apabila meninggal dunia. Melainkan harta yang telah anda hibah atau wasiatkan.

■ Anda pula tidak akan mempusakai ke atas harta pusaka yang ditinggalkan oleh anak angkat anda apabila dia meninggal dunia. Melainkan harta yang telah dia hibah atau wasiatkan kepada anda.

■ Jika anda pernah membuat wasiat untuk memberikan harta kepada anak angkat tersebut, hanya bahagian yang tidak melebihi 1/3 sahaja diwajibkan untuk mereka memilikinya. Jika pemberian melebihi 1/3 bahagian, lebihan tersebut perlulah mendapat izin daripada waris lain untuk ianya diberikan kepada anak angkat.

■ Jika anda berhasrat untuk memberikan harta kepada mereka, gunakanlah instrumen hibah. Namun ada beberapa perkara yang anda perlu maklum iaitu hibah kepada anak angkat tidak boleh ditarik balik melainkan mendapat keizinan anak angkat tersebut.

■ Kenalpasti siapa waris sebenar anak angkat tersebut. Keluarga asalnya siapa dan di mana. Mereka masih berhak untuk mewarisi harta pusaka ibubapa kandungnya, juga harta waris-waris yang lain jika mereka mempunyai bahagian.

Pastikan mereka mendapat hak sebagaimana yang anda inginkan. Jangan dibiarkan mereka tinggal sehelai sepinggang! Buat perancangan harta untuk mereka.

0132748963
En. azizie Hamzah
Perunding Harta Pusaka Syariah




Share on Google Plus

About azizie

Penulis berpengalaman luas dalam pengurusan dan perancangan harta pusaka Islam. Pernah mengikuti Kursus Pengajian Syariah Sepanjang Hayat anjuran Fakulti Pengajian Syariah, UKM. Kini sedang menuntut Pengajian Fiqh Mawarith di UIAM.

0 comments :

Post a Comment