Pentingnya INSURANS & PENASIHAT HARTA PUSAKA
8:33 AM
agent
,
amanah
,
client
,
etiqa
,
harta pusaka
,
Hibah
,
insurans
,
kurnia
,
maa
,
mati
,
nama
,
Penasihat
,
Pusaka
,
takaful
,
vs
,
Wasiat
Edit
INSURANS & PENASIHAT PUSAKA?
■ INSURANS
Alhamdulillah, ramai orang mempunyai kesedaran berapa pentingnya INSURANS dalam kehidupan seharian. Kalau dulu perunding insurans terpaksa bersusah payah untuk mencari 'client' untuk melanggan produk mereka. Ayat nak kena manis. Tapi hari ini, 'client' mencari syarikat³ insurans untuk mendapatkan nasihat perlindungan terbaik untuk diri sendiri & keluarga. Manfaat hanya akan diperolehi apabila musibah melanda diri. Pastikan ianya TAKAFUL INSURANS.
■ PENASIHAT PUSAKA
Mungkin hari ini, masyarakat masih tidak terdedah tentang kepentingan melantik mana³ agensi sebagai Penasihat Harta Pusaka apabila mereka telah meninggal dunia kelak. Kebiasaannya apabila berlaku kematian, waris akan 'berkabung' sebagai simbolik kesedihan. Bak kata orang "kubur masih merah lagi". Kesilapan ini sering berlaku dikalangan Orang Melayu & orang islam. Sampai bila hendak menguruskan harta simati? sampai tanah kubur jadi warna HIJAU??? Semakin lama ia tidak diuruskan, mayat di dalam kubur akan disoal berkenaan hartanya.
3 hari pertama, sibuk mengadakan kenduri arwah. Pada ketika semua waris balik untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir. Jika dilihat dari sudut berlainan, inilah masa yang sesuai untuk mendapatkan kata sepakat menguruskan segala harta arwah simati. Namun, budaya masyarakat adalah sebaliknya. Tiada salahnya untuk bersedih, namun ada kepentingan yang perlu dilaksanakan di kala kesemua waris masih ada bersama.
Antara perkara yang perlu disegerakan antaranya adalah "Menguruskan Harta Pusaka Simati". Apabila jenazah sudah dikafankan, dimandikan, disembahyangkan dan kemudian dikebumikan. Seterusnya adalah Harta Simati. Siapakah yang akan menguruskannya? Apakah yang perlu dilakukan? Apakah harta yang ditinggalkan?
Menurut fakta yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), lebih dari RM66.6 bilion harta orang islam terbeku & tidak dapat diuruskan. Harta Orang Islam? Ini menunjukkan, Orang Islam mempunyai harta yang tinggi nilainya. Namun, jika ianya tidak diuruskan dengan sebaik mungkin. Tiada faedah yang diperolehi oleh waris. Malah meninggalkan kesan kepada Masyarakat & Negara.
-------------------------------------------------------------------
+ Apakah peranan anda sebagai Pemilik Harta?
+ Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab terhadap segala harta anda?
+ Sudahkah anda melantik Penasihat Pusaka Syariah anda?
+ Adakah Harta Pusaka anda memberi MANFAAT & bukan MUDARAT kepada waris?
+ Tahukah waris anda proses tuntutan harta pusaka?
+ Tahukah waris akan terbeban dengan KOS PENGURUSAN harta pusaka anda?
+ Tahukah anda, proses menuntut harta pusaka anda mengambil masa yg lama?
■ Hari ini, anda sebagai pemilik harta perlulah memastikan kesemua masalah di atas diselesaikan sebelum anda menghembuskan nafas yang terakhir. Jangan bebankan waris dengan masalah kos, masa & jauhkan diri dari risiko harta anda tidak dapat diuruskan. Harta anda, tanggungjawab anda.
■ Bagaimana kami boleh membantu jika anda melantik kami sebagai Penasihat Pusaka anda?
+ Anda akan diberikan "KAD PUSAKA" & beritahu waris anda melantik kami.
+ Jika berlaku kematian ke atas anda, waris hanya perlu menghubungi kami.
+ Kami akan hadir ke rumah anda pada bila³ masa anda kehendaki.
+ Khutbah Pusaka akan dijalankan dihadapan semua waris.
+ Manfaat Khairat akan diberikan sebagai "hadiah" meringankan beban waris.
+ Proses tuntutan di Pjbt Pusaka, Mahkamah syariah & Mahkamah Tinggi akan kami uruskan.
+ 6 ~ 8 Bulan kes pusaka akan diselesaikan. Kebiasaannya bertahun³ untuk diuruskan.
+ Kesemua di atas adalah PERCUMA kepada waris anda!!
■ Untuk sebarang pertanyaan & temujanji. Hubungi kami di 0133577539 (En. azizie)
■ Taklimat Pengurusan Harta Pusaka di Surau/Pejabat/Badan Kerajaan PERCUMA.
■ Dokumen Hibah, Harta Sepencarian, Perwarisan Perniagaan (Share Holder).
■ Seluruh tanah air kecuali Sabah & Sarawak.
■ Email wssb.azizie[@]gmail.com
■ whatsapp, Telegram, SMS 0133577539
0 comments :
Post a Comment