Smiley face

Kenapa KOS Pengurusan Pusaka Mahal?



Kenapa KOS Pengurusan Pusaka Mahal?

Sekadar sedikit perkongsian. Pada hari ini, kebanyakan masyarakat apabila dipersoalkan berkenaan Pengurusan Harta Pusaka, mereka akan menganggap tugas ini akan ditanggung oleh waris & hanya akan berlakuapabila seseorang itu telah meninggal dunia.

Kesilapan akibat tidak bertindak awal sama ada Tidak Melantik Penasihat Pusaka, tidak belajar ilmu faraidh, tidak tahu proses tuntutan harta pusaka dan sebagainya menyebabkan proses pengurusan tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Penyebab utama yang menjadikan ianya akan tergendala adalah kerana:

a) Tidak tahu proses apa yang perlu & tidak perlu.
b) Tiada persepakatan untuk menguruskan harta simati.
c) Tiada masa untuk menyelesaikannya.
d) KOS pengurusan yang tinggi
- Buat carian harta simati
- Kos buka fail
- Pengesahan sijil (Wasiat, Hibah dsb)
- Perlantikan peguam (tahun 2011, kos meningkat 400%)
- Perlantikan pentadbir
- Kos lain-lain
e) Waris masih dibawah umur (umur 18thn ke bawah)

Disebabkan isu-isu inilah, nilai harta umat islam yg terbeku meningkat secara mendadak. Harta simati tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya. Waris-waris bertelagah merebut harta tanpa mengetahui hak mereka yg sebenar.

Jalan keluar bagi mengatasi masalah ini, adalah dengan melantik Penasihat Pusaka Syariah yang akan bertindak menguruskan harta anda apabila anda telah meninggal dunia. Kenapa perlu bersama kami?

■ Kos yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos sebenar yang dibayar oleh WARIS anda.
■ Semua proses pengurusan dilakukan secara sempurna
■ Harta anda dimanfaatkan sepenuhnya kepada waris
■ Bantuan khairat PERCUMA kepada waris
■ Kos pengurusan adalah juga PERCUMA
■ dan banyak lagi...

Harta anda, maka TANGGUNGJAWAB ANDA yang sewajarnya mengeluarkan sedikit belanja untuk ianya diuruskan selepas anda meninggal dunia.

Harta anda, manfaatkan ianya untuk kegunaan waris yang BERHAK dan dapat mengelakkan daripada waris termakan HARTA BATIL dan HARTA ANAK YATIM

Harta anda, apabila ianya menjadi Harta Pusaka maka ianya adalah HAK MILIK waris anda & bukan digunakan untuk membayar KOS PENGURUSAN yang mahal.

Harta anda, PASTIKAN ianya DIURUSKAN dengan sempurna kerana anda akan ditanya berkenaan HARTA di 'sana' nanti. Pastikan ianya Patuh Syariah.

Dapatkan info & perkongsian PERCUMA dengan menghubungi kami untuk temujanji. Seluruh semenanjung Malaysia. Kami akan hantar wakil untuk memberi khidmat nasihat.

Hubungi 1Nombor - 0133577539
Email - wssb.azizie(@)gmail.com
Web - Http://e-Pusaka.Blogspot.Com/
Fb - Ilmu Faraid, Pengurusan & Perancangan Harta Pusaka
Share on Google Plus

About azizie

Penulis berpengalaman luas dalam pengurusan dan perancangan harta pusaka Islam. Pernah mengikuti Kursus Pengajian Syariah Sepanjang Hayat anjuran Fakulti Pengajian Syariah, UKM. Kini sedang menuntut Pengajian Fiqh Mawarith di UIAM.

0 comments :

Post a Comment