Kenapa perlu MELANTIK Penasihat Pusaka?
Tahukah anda, sehingga hari ini lebih daripada RM66.6 bilion harta umat islam TERBEKU dan tidak dapat dituntut sebagaimana yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Antara punca utama peningkatan nilai ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:
■ Waris TIDAK TAHU PROSES TUNTUTAN harta pusaka
■ Waris TIDAK dapat mencapai KATA SEPAKAT sebaliknya BERTELAGAH sesama mereka
■ Waris TIDAK TAHU kaedah pembahagian mengikut Faraidh
■ Waris TIDAK MAMPU menanggung KOS YANG TINGGI
■ Waris TIDAK MEMPUNYAI MASA untuk menguruskannya
■ Waris KELIRU antara FARAIDH, WASIAT & HIBAH
■ Waris TIDAK AMBIL PEDULI
Kesemua permasalahan ini dapat diatasi jika anda sebagai PEMILIK HARTA telah melantik 'PENASIHAT HARTA PUSAKA' yang jujur & amanah untuk menguruskan segala isu & proses tuntutan tersebut. Saban hari kita dikejutkan dengan berita PERBALAHAN ANTARA WARIS disebabkan harta. Masing-masing berusaha menuntut hak tanpa mengetahui bahagian sebenar yang sepatutnya mereka perolehi.
HARTA Anda, TANGGUNGJAWAB Anda
Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 284
لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ
“Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi...”
Kita sebagai makhluk diwajibkan untuk mencari rezeki yang halal, memanfaatkan harta yang digunakan & memastikan ia ditadbir dengan baik selepas kematian. Jadi, sudah menjadi satu keperluan untuk melantik Penasihat Harta Pusaka untuk memastikan harta tersebut MEMBERI MANFAAT & BUKAN MENDATANGKAN MUDARAT kepada waris yang ditinggalkan.
Pautan Lain:
Adakah saya mempunyai HARTA untuk diuruskan?
Siapakah yang berhak ke atas HARTA saya?
Golongan kritikal yang PERLU kepada PENASIHAT PUSAKA?
Kebaikan melantik 'KAMI' sebagai Penasihat Pusaka?
0 comments :
Post a Comment