Tajuk : RM66b tak dituntut
Sumber : Akhbar Harian Metro (Akhbar Hari ini 18/5/14)Nilai harta pusaka milik orang Islam di negara ini dianggar berjumlah RM66 bilion dan ia masih tidak dituntut pewaris berikutan masalah masa dan kos pengurusan yang tinggi.
Malah, tuntutan juga tidak dapat diselesaikan walaupun pemilik harta membuat wasiat ketika masih hidup.
Panel penasihat syariah agensi perunding harta pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, Prof Madya Ridzuan Awang berkata, ini kerana selain wasiat, pewarisan harta boleh dilakukan menerusi hibah iaitu pemberi memindahkan harta secara sukarela ketika hidup disertai akad antaranya dan penerima.
“Meskipun ada wasiat, kega- galan waris menguruskan prosiding harta pusaka disebabkan beberapa faktor, antaranya kos pengurusan mahal selain faktor masa hingga waris terpaksa menangguh prosiding memulakan tuntutan harta pusaka.
“Sebab itu, penyediaan hibah diyakini dapat mencegah masalah ini dari terus berlaku kerana harta yang dihibah dapat diwariskan secara tepat,” katanya ketika ditemui di Seminar Hibah Peringkat Kebangsaan 2014 di sini, semalam.
Beliau yang juga mantan Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, hibah adalah amalan sejak zaman Rasulullah SAW tetapi tidak dilakukan secara sistematik hinggalah agensi itu memperkenalkannya sejak 2004.
Katanya, harta yang dihibah akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid, sekali gus mengelak kekeliruan apabila berlaku kematian pemberi.
“Ini bermakna hasrat pemberi hibah untuk memberi sesuatu harta kepada sesiapa yang menerima hibah itu akan tercapai.
Malah, pemberian harta yang dihibah tiada had tertentu dan pemberian harta juga boleh diberi secara sama rata kepada penerima.
“Hibah juga memberi jaminan perlindungan kepada pemberi kerana pemberi boleh meletakkan syarat ketika akad hibah berlaku.
“Contohnya, ibu bapa yang mahu menghibah harta mereka seperti rumah kepada anak boleh meletakkan syarat seperti anak perlu menjaga mereka sepanjang hidup di rumah yang ingin dihibah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd Azrin Sabirin berkata, masih ramai orang Islam di negara ini tidak sedar atau mempunyai maklumat tepat mengenai hibah, malah rata-rata hanya mengetahui pewarisan harta melalui wasiat.
Bagaimanapun, katanya, wasiat tidak dapat menyelesaikan masalah harta si mati secara keseluruhan kerana faktor seperti masa dan kos pengurusan harta pusaka menjadi halangan utama kepada penyelesaian harta pusaka orang Islam.
“Atas faktor masa, kebanyakan waris terpaksa menangguh memulakan prosiding harta pusaka kerana mereka ingin mencari waktu sesuai dan benar-benar lapang.
“Dari segi kos pula, selain kos buka fail, bayaran lain dikenakan untuk perkhidmatan pengurusan harta pusaka, antaranya fi profesional, kos carian, kos guaman, kos perjalanan dan kos pentadbiran.
“Hakikatnya, walaupun si mati ada meninggalkan wasiat, kos ini tetap terpaksa ditanggung waris atau ditolak dari harta pusaka ditinggalkan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17
Direct Link :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM66btakdituntut/Article/index_html
Dapatkan Khidmat Nasihat PERCUMA daripada kami untuk semua organisasi atau badan kerajaan, badan berkanun, swasta, pertubuhan, masjid & surau ditempat anda. Hubungi nombor yang tertera di atas untuk temujanji.
Tel : +6013 357753 9 (En. azizie)
Email : wssb.azizie@gmail.com
Jangan lupe like page kami, tQ
Ilmu Faraid, Pengurusan & Perancangan Harta Pusaka
0 comments :
Post a Comment