Smiley face

RISIKO PINDAH MILIK HARTA KETIKA HIDUP




Pindak milik nama hartanah/rumah kepada anak?

Kaedah yang paling sesuai jika ingin mewariskan hartanah/rumah kepada anak-anak. Kebanyakan mak ayah kita buat macam ni kan? Mungkin anda juga berfikiran yang sama, terus pindah milik di Pejabat Tanah.

Tapi ingat !

Lihat situasi semasa anda, kenali anak anda, ketahui waris anak anda jika sudah berkahwin dan sebagainya. Antara risiko yang bakal dihadapi jika melakukan pindah milik harta ketika hidup :

1. Adalah hak mutlak si anak untuk menjual hartanah/rumah tanpa perlu meminta izin kepada pemilik asal kerana ianya adalah milik sempurna kepada si anak.

2. Jika pemilik baru pula meninggal dunia terlebih dahulu, maka hartanah/rumah tersebut akan diwarisi oleh waris kepada pemilik baru tersebut. Manakala pemilik asal cuma akan mewarisi sebahagiannya sahaja.

3. Tidak boleh menukar hak milik tanpa keizinan daripada pemilik baru. Sudah ada kes yang dilaporkan apabila si anak menghantar ibunya ke rumah orang tua disebabkan pasangan tidak sehaluan dengan mertuanya.



Jadi, sebenarnya ada kaedah terbaik untuk mewariskan hartanah/rumah kepada si anak tersebut tanpa mengabaikan kebajikan si pemberi iaitu DOKUMENTASI HIBAH. Kenapa perlu gunakan kaedah hibah?

a) Jika menepati rukun dan syaratnya, maka hibah akan terlaksana dengan sempurna. Pemberian dilakukan ketika hidup, pertukaran hak milik berlaku selepas kematian si pemberi.

b) Kebajikan pemberi lebih terjamin, kasih sayang akan terjalin di atas pemberian tersebut di antara penerima dan pemberi tersebut.

c) Hibah kepada anak, cucu dan ke bawah seterusnya boleh ditarik balik (Rujuk jenis³ hibah yg digunapakai oleh Mahkamah Syari'e Malaysia)

Jadi, yang mana satu pilihan anda?

"Mencegah lebih baik daripada mengubati"

0132748963 (En. azizie)
Perunding Harta Pusaka Syariah
Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.


Share on Google Plus

About azizie

Penulis berpengalaman luas dalam pengurusan dan perancangan harta pusaka Islam. Pernah mengikuti Kursus Pengajian Syariah Sepanjang Hayat anjuran Fakulti Pengajian Syariah, UKM. Kini sedang menuntut Pengajian Fiqh Mawarith di UIAM.

0 comments :

Post a Comment