Smiley face

Perlukah kita menulis wasiat?


Assalamualaykum Wbt | Perlukah kita berwasiat?

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud:

“Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”

Namun kebanyakan para sahabat antaranya Saidina Abu Bakar, Ali, Ibn Umar dan Mazhab Sunni yang empat termasuk Imam Syafie berpendapat bahawa HUKUM WAJIB INI TELAH DIMANSUHKAN dengan turunnya ayat-ayat al-Mawarith (ayat 11, 12, dan 176 surah al-Nisa’) iaitu ayat yang secara khusus menyentuh peruntukan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan ke atas waris-waris dalam pembahagian harta pusaka. Oleh itu, perintah wajib tersebut telah dimansuhkan namun perbuatan wasiat itu menjadi suatu perbuatan yang digalakkan (disunatkan) masih kekal dan sebaik-baiknya hendaklah wasiat itu ke atas keluarga yang miskin atau anak-anak yatim yang TIDAK BERHAK MENDAPAT HARTA PUSAKA.

Firman Allah S.W.T lagi dalam surah al-Ma’idah ayat 106 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kamatian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian”

Terdapat juga hadis-hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tiada hak (patut) bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengikut pendapat mazhab sunni yang empat dan al-Zaidiyyah bahawa sesungguhnya wasiat itu tidak difardukan ke atas setiap orang yang mempunyai harta dan tidak juga difardukan untuk kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang tidak menjadi waris, akan tetapi hukumnya adalah bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu, contohnya seperti berikut:
■ Wajib – jika terdapat tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan seperti zakat dan haji dan dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga, jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain.
■ Sunat – jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan mereka tidak berhak mendapat harta pusaka. Begitu juga berwasiat kepada orang miskin dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah.
■ Harus – jika berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang mana mereka bukan dari golongan yang berilmu dan beramal soleh.
■ Makruh – jika pewasiat seorang yang kurang berada dan mempunyai waris-waris yang ramai serta memerlukan harta.
■ Haram – jika berwasiat kepada perkara yang haram.

Kadar harta yang boleh diwasiatkan oleh pewasiat menurut ketentuan syarak adalah setakat 1/3 sahaja daripada harta bersih peninggalannya yang masih ada pada waktu kematiannya setelah digunakan untuk belanja pengebumiannya dan penunaian hutang-hutangnya jika ada yang menjadi tanggungan pewasiat.

Sa’ad Bin Abu Waqqas berkata:

“Telah datang Rasulullah s.a.w untuk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sebahagiannya.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sepertiga.” Baginda menjawab, “Ya, sepertiga.” Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jika pewasiat tidak mempunyai waris, maka menurut pendapat mazhab Hanafi wasiat yang melebihi 1/3 harta adalah sah. Tetapi menurut pendapat jumhur, wasiat yang melebihi kadar 1/3 adalah tidak harus secara mutlak kerana ia melibatkan hak orang Islam.

Sumber : JAKIM
Untuk artikel Lengkap, sila klik disini
http://www.islam.gov.my/sites/default/files/25.instrumen_hibah__wasiat.pdf

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

+ Sudahkah anda melantik penasihat untuk menguruskan harta pusaka selepas anda meninggal dunia?
+ tahukah anda kini lebih RM66.6 bilion harta tidak dituntut & KENAPA? waris tidak tahu proses tuntutan & perundangan. proses yg memakan masa yg lama. KOS yg mahal & sebagainya.
+ siapa yg berhak ke atas harta pusaka anda dikemudian hari jika anda TIADA ANAK, ada ANAK ANGKAT, anda yg TIDAK BERKAHWIN, POLIGAMI, MEMILIKI ANAK PEREMPUAN SAHAJA, MUALLAF, MEMBELI RUMAH 2 NAMA dsb.

KAMI sedia membantu anda. PAKAR RUJUK PENGURUSAN HARTA SYARIAH, WASIAT, HIBAH & PERWARISAN TANAH FELDA & PERNIAGAAN. Hubungi 0133577539 untuk pertanyaan & temujanji. Seluruh Semenanjung Malaysia.

HARTA ANDA! TANGGUNGJAWAB ANDA. URUSKAN SEBELUM ANDA MENINGGAL DUNIA. ANDA TAHU TARIKH KEMATIAN ANDA?
Share on Google Plus

About azizie

Penulis berpengalaman luas dalam pengurusan dan perancangan harta pusaka Islam. Pernah mengikuti Kursus Pengajian Syariah Sepanjang Hayat anjuran Fakulti Pengajian Syariah, UKM. Kini sedang menuntut Pengajian Fiqh Mawarith di UIAM.

0 comments :

Post a Comment