Untuk Menjadi Syarikat Perancangan Dan Pengurusan Harta Secara Syariah Yang Utama di Malaysia Yang Memberikan Perkhidmatan Peribadi (Personalized Service) Cemerlang Dengan Menyebarkan Maklumat Yang Telus, Tepat dan Mudah Kepada Masyarakat.
MISI KORPORAT
Memberikan perkhidmatan perancangan dan pengurusan harta pusaka secara Syariah yang berkesan dari segi undang-undang, pantas dari segi penyelesaian dan memudahkan dari segi proses dan kos kepada pelanggan dan waris.
NILAI KORPORAT
# Berkerja kerana Allah S.W.T
Wasiyyah Shoppe memegang pendirian bahawa penglibatan kami di dalam industri perancangan harta secara Syariah pada hari ini ialah sebahagian dari ibadat Fardhu Kifayah. Segala usaha, tenaga dan masa yang dicurahkan di dalam kerja kami dinaiwaitukan semata-mata kerana Allah SWT. Kami yakin dan percaya bahawa Allah SWT akan sentiasa memberkati usaha yang dilakukan oleh hambaNya yang ikhlas dan jujur.
# Cekap dan Pantas
Wasiyyah Shoppe akan melaksanakan segala urusan pelanggan dengan lebih cekap dan pantas berbanding dengan pemain lain di dalam pasaran. Ini adalah jaminan mutu perkhidmatan terbaik yang akan diberikan oleh Wasiyyah Shoppe kepada semua pelanggannya.
# Beramanah
Wasiyyah Shoppe mengambil pendirian bahawa segala urusan pelanggan adalah amanah yang mesti dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan sesempurna mungkin. Sebagai organisasi yang beroperasi sepenuhnya mengikut Konsep Syariah, amanah dari pelanggan adalah keutamaan kami.
# Maklumat Telus dan Tepat
Wasiyyah Shoppe menganggap bahawa pelanggan adalah seorang bijaksana yang boleh membuat pertimbangan terbaik mengenai kemahuan dan keperluan perancangan harta secara Syariahnya. Oleh itu, untuk membolehkan pelanggan mampu membuat keputusan tepat, maklumat yang telus dan tepat akan diberikan oleh Wasiyyah Shoppe.
# Perkhidmatan Pelanggan yang Cemerlang
Wasiyyah Shoppe percaya dan yakin bahawa satu-satunya cara untuk memastikan kesetiaan pelanggan ialah dengan memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Wasiyyah Shoppe akan berusaha semaksima mungkin di dalam kapasitinya untuk mencapai matlamat ini.
Penulis berpengalaman luas dalam pengurusan dan perancangan harta pusaka Islam. Pernah mengikuti Kursus Pengajian Syariah Sepanjang Hayat anjuran Fakulti Pengajian Syariah, UKM. Kini sedang menuntut Pengajian Fiqh Mawarith di UIAM.
0 comments :
Post a Comment